Duda Dihukum Penjara Kerana Miliki Dadah

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang tukang masak berstatus duda yang melarikan diri ke dalam bilik air wanita sewaktu diserbu oleh pihak polis dihukum penjara selama sembilan tahun selepas mengaku bersalah memiliki 0.136 kilogram dadah jenis methamphetamine.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Abdul Alim Abdullah yang menjatuhkan hukuman tersebut pada Rabu, juga memerintahkan supaya Yoong Pak Tien, 33, disebat sebanyak 10 kali.

Hukuman penjara pula diarahkan untuk bermula dari tarikh tangkap, iaitu 11 Oktober 2008.

Yoong didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 9.30 malam, hari yang sama di hadapan tandas di pasaraya JUSCO, Persiaran Bukit Raja 2, Bandar Baru Klang, Klang, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum seumur hidup dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan. Tertuduh diwakili peguam Datuk Abdul Halim Yahya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang menjinjit beg plastik telah melarikan diri ke tandas wanita semasa dikejar oleh sepasukan polis yang diketuai oleh Cif Inspektor Loi Yew Lik.

Loi kemudiannya melihat tertuduh telah cuba membuang beg plastik yang berisi dadah itu ke dalam lubang tandas, tetapi berjaya diambil oleh Loi selepas bergelut dengan tertuduh.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan