Pegawai Pendakwa Hadapi Empat Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pegawai pendakwa Cif Inspektor Afnizanizam Mohamad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat pertuduhan meminta dan menerima suapan bagi melepaskan tiga individu daripada dua pertuduhan dadah tahun lepas.

Afnizanizam, 32, menghadapi tiga tuduhan meminta suapan wang tunai RM6,000 di pejabat pendakwa trafik, Mahkamah Majistret Selayang, Jalan Pegawai di Km 16 Jalan Ipoh, antara 19 Mei dan 24 Mei tahun lepas.

Ia adalah sebagai dorongan untuk melepaskan Noraini Abdul Latif, Mohammad Qayyum Muizz Ramlan dan Armadi Darma Basrul daripada pertuduhan mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Hakim Asmadi Hussain membenarkan Afnizanizam dibebaskan dengan jaminan RM6,000 serta menetapkan 25 April ini untuk sebutan kes dan bagi tertuduh melantik peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan