Pegawai Pendakwa Hadapi 4 Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang Pegawai Pendakwa yang berpangkat Cif Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas empat pertuduhan rasuah yang didakwa sebagai dorongan untuk dia membebaskan tiga tertuduh yang terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah.

Afnizanizam Mohamed, 32, yang beralamat di Perumahan Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat Daerah Gombak, dekat sini mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut.

Dia didakwa atas tiga pertuduhan meminta wang tunai RM4,000 daripada Noraini Abd Latif, Mohammad Qayyum Muizz Ramlan dan Armadi Darma Basrul yang telah dituduh di bawah pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 11.30 pagi, 19 Mei 2010 di Pejabat Pegawai Pendakwa Trafik, Mahkamah Majistret Selayang, Jalan Pegawai KM16, Jalan Ipoh, Selayang, dekat sini.

Tertuduh juga didakwa menerima wang tunai RM6,000 daripada Noraini sebagai dorongan untuk melepaskan dirinya, Mohammad Qayyum Muizz dan Armadi Darma pada pukul 5 petang, 24 Mei 2010 di tempat yang sama.

Bagi semua pertuduhan itu, pendakwaan terhadap tertuduh dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azizun Mohamad mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Pada prosiding itu, Afnizanizam yang tidak diwakili peguam memohon agar mahkamah dapat mengurangkan jaminan RM10,000 yang ditawarkan oleh Azizun kerana mempunyai empat orang tanggungan.

"Isteri saya tidak bekerja manakala anak-anak saya masih bersekolah. Saya menerima notis untuk hadir di mahkamah pada hari ini pada Jumaat lalu dan hanya dapat mengumpulkan wang sebanyak RM5,000," katanya.

Hakim Asmadi Hussain membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam pada 25 April depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan