Bomoh Dihadap Ke Mahkamah Atas Dakwaan Rogol 4 Pesakit

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang pengamal perubatan tradisional mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan merogol empat wanita yang mendapatkan rawatan alternatif daripadanya.

Pengakuan Meswan Tujut, 42, direkodkan di dua Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Pada prosiding di hadapan Hakim Nor Sharida Awang, tertuduh yang bertubuh sederhana itu didakwa merogol mangsa berusia 21 tahun enam bulan pada pukul 8 malam, sekitar September 2010 di sebuah bilik di Sungai Nibong, Sekinchan.

Dia juga didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap seorang remaja berusia 13 tahun pada antara pukul 1.30 dan 3 petang, Oktober 2008 di sebuah rumah di Sungai Udang, di sini.

Tertuduh yang berasal dari Parit Sulong, Johor itu juga menghadapi tiga pertuduhan lain yang dibacakan di hadapan Hakim Siti Norida Sulaiman.

Tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding didakwa telah merogol mangsa yang berusia 22 tahun 10 bulan dengan memperdayakan mangsa bahawa dirinya adalah seorang bomoh.

Kejadian tersebut didakwa berlaku sebanyak dua kali, iaitu pada pukul 8.10 malam, 8 Mac lalu sebelum tertuduh sekali lagi mengulangi perbuatan itu pada pukul 8.10 malam, 15 Mac lalu.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan serupa terhadap seorang remaja berusia 15 tahun pada antara pukul 1 dan 3 petang, sekitar April 2008.

Ketiga-tiga kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Sungai Udang, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 376 (f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Shahrul Ekhsan membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh kerana khuatir tertuduh akan melakukan kesalahan yang serupa apabila dibebaskan dengan jaminan.

"Tertuduh telah mengambil kesempatan untuk melakukan kesalahan sewaktu menjalankan rawatan dan dibimbangi akan mengulangi perbuatan itu.

"Tertuduh juga sedang disiasat terhadap dua lagi tuduhan yang melibatkan kesalahan yang sama seperti yang dipertuduhkan hari ini," katanya.

Nor Sharida dan Siti Norida membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Mei depan untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan