Rakan Serumah Teoh Nafi Jalin Hubungan Istimewa

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas rakan serumah Teoh Beng Hock, Esther Lew Swee Yoong menafikan bahawa beliau pernah menjalin hubungan istimewa dengan mendiang yang juga setiausaha politik kepada Exco Selangor.

Lew, seorang pegawai di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh, bahawa hubungan beliau dengan mendiang Teoh hanya sebagai rakan baik dan bukannya sebagai teman istimewa.

"Tiada sebarang emosi yang timbul dalam perhubungan kami meskipun saya rapat dengan beliau (Teoh)," katanya ketika disoal peguam Cheow Wee dari Majlis Peguam.

Lew,32, yang mengenali Teoh sejak tahun 2000 berkata, perkenalan itu bermula ketika mereka menuntut di fakulti yang sama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di mana Teoh merupakan junior beliau.

Esther menjelaskan, beliau pernah menyewa bilik di sebuah rumah di Kajang, Selangor pada 2007 dan pada ketika itu, Teoh bersama tunangnya, Soh Cher Wei turut menyewa bilik di rumah yang sama, sebelum Teoh berpindah ke sebuah rumah yang lain di Puchong, Selangor.

Ketika disoal pengerusi suruhanjaya, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen kenapa tunang Teoh, Soh tidak mengikut Teoh berpindah ke Puchong, Lew berkata:"Pada pendapat saya, Soh tidak berpindah kerana pada ketika itu beliau mengajar di sebuah sekolah di Kajang".

Selain itu, Lew memberitahu pada prosiding suruhanjaya, beliau terkejut apabila mendapat SMS daripada Teoh pada pagi, 15 Julai 2009 yang memaklumkan bahawa Teoh akan berkahwin.

Ketika disoal Peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lew berkata beliau memang terkejut kerana tidak menyangka Teoh tiba-tiba akan berkahwin tetapi tidak terkejut beliau akan berkahwin dengan tunangnya, Soh.

Beliau juga menafikan bahawa beliau cemburu apabila mengetahui Teoh akan berkahwin.

Selain itu, ketika disoal seorang anggota suruhanjaya, Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom mengenai karakter mendiang Teoh, Lew berkata:"Teoh adalah seorang yang mempunyai integriti dan menghormati org lain di samping suka berahsia dan tidak suka melepaskan kemarahan kepada orang lain.

Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Selain Foong dan Mohamed Hatta, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S. Nathan dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.

Prosiding bersambung petang ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan