Pemandu Teksi Edar Dadah Dihukum Gantung

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini, Isnin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pemandu teksi selepas didapati bersalah mengedar dadah tahun lalu.

Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahrul Nizam Hamid, 40, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Shahrul Nizam dari Kubang Rotan dekat sini, didakwa mengedar 90.17 gram dadah jenis metaphatamine di Lebuhraya Sultanah Sambungan berhadapan bangunan System Imagement Sdn Bhd di sini pada 12.30 pagi 3 Feb tahun lepas.

Shahrul Nizam, yang juga bekerja sambilan sebagai penghantar kereta terpakai, kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zakhi Mohd Daud manakala tertuduh diwakili peguam Ali Munawar Razak. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan