Pengawal Keselamatan Ke Tali Gantung Edar Ganja

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima tahun selepas dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah, seorang pengawal keselamatan bagaimanapun dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap pertuduhan serupa dan oleh hakim yang sama.

Shamuddin Sohan, 42, yang didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 941 gram sembilan tahun lepas, dikenakan hukuman mati itu oleh Hakim Datuk Lim Yee Lan setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Pada tahun 2006, hakim Lim melepaskan dan membebaskan Shamuddin daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dalam kes itu.

Tahun lepas Mahkamah Rayuan memerintahkan Shamuddin dipanggil membela diri untuk memberi keterangan pembelaannya selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

"Mahkamah berpendapat keterangan daripada tertuduh dalam pembelaannya hanya berbentuk penafian semata-mata," kata hakim Lim dalam penghakimannya pada Jumaat.

Mengikut pertuduhan, Shamuddin didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang, di sini pada 1.45 pagi 29 Mei 2002 mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Gharib manakala tertuduh diwakili peguam C. Viknesvaran. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan