Peguam Dibenarkan Wakili Sembilan Saksi Kes Rasuah Datuk Norza

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan peguam Datuk Jaharberdeen Mohamed Yunoos untuk mewakili sembilan tertuduh yang didakwa memberi keterangan palsu semasa menjadi saksi perbicaraan rasuah bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir dalam penghakimannya pada Rabu berkata, hak seseorang individu untuk mendapatkan khidmat seorang peguam bela pilihannya bagi mewakili dirinya adalah dijamin dan telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Akhtar juga tidak menerima hujahan pihak pendakwaan yang membantah kehadiran Jaharberdeen atas alasan ia boleh memprejudiskan kes kerana peguam terbabit telah mewakili Halimi semasa kes rasuah itu dibicarakan di Mahkamah Sesyen Temerloh, Pahang.

“Saya tidak nampak bagaimana peguam tersebut berpotensi dipanggil sebagai saksi kerana namanya tidak disenaraikan pada senarai saksi,” katanya.

Selain itu, Akhtar mebambah, Jaharberdeen boleh menarik diri daripada terus mewakili semua tertuduh sekiranya perbicaraan kes sampai ke peringkat yang menyebabkan berlaku konflik kepentingan terhadap diri beliau.

Oleh itu, Akhtar menerima semakan yang difailkan oleh sembilan tertuduh tersebut dan mengenepikan keputusan Majistret Temerloh, Ida Rahayu Shariff yang memutuskan Jaharberdeen hilang kelayakan untuk mewakili semua tertuduh.

Ida Rahayu membuat keputusan itu pada Isnin lalu, selepas Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Josiendra Abu Senin membantah kehadiran Jaharberdeen atas alasan beliau bertindak sebagai peguam dalam kes di mana semua tertuduh didakwa memberi keterangan palsu.

Mereka yang didakwa ialah Setiausaha Pergerakan UMNO Wilayah Persekutuan dan Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Mohd Taupik Hussain, 41; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang Yusof Jamaluddin, 54, dan tiga pegawai JASA Pahang, Nor Azhar Abdul Latif, 49: Shaiful Azman Mokhtar Affendi, 47, serta Mohd Saberi Aziz, 46.

Turut didakwa ialah dua ahli perniagaan, Datuk Khadri Musa, 48, dan Nasaruddin Abdullah, 48, dan Timbalan Ketua UMNO Temerloh, Anuar Mohd Yunus, 44, dan guru Jalaluddin Johan, 56.

Semua mereka didakwa atas pertuduhan memberi keterangan yang bercanggah di mahkamah berbanding dengan keterangan yang direkodkan di pejabat SPRM cawangan Temerloh.

Percanggahan itu menyebabkan Mohammad Norza dibebaskan daripada pertuduhan memberi rasuah RM1,500 kepada Khadri menerusi Halimi untuk diagihkan kepada ahli perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya bagi jawatan di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2009.

Mohammad Norza turut didakwa memberi rasuah RM1,900 kepada Mohammad Anuar juga menerusi Halimi untuk dorongan yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 20 Januari 2009 di nombor 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, Temerloh.

Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh, Azuar Che Yusof membuat keputusan itu pada 17 Jun 2010 selepas Ketua Unit Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa memberitahu pihaknya tidak akan mengemukakan keterangan lanjut kerana saksi telah berpaling tadah.

Sementara itu, semasa ditemui Jaharberdeen memberitahu perbicaraan terhadap sembilan tertuduh akan bersambung di Temerloh pada Khamis dan sehingga kini, dua saksi telah memberi keterangan.

“Pihak kami akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan rakaman prosiding dan dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan semasa ketiadaan peguam,” tambahnya.

Selain Jaharberdeen, semua sembilan tertuduh turut diwakili peguam Francis Tan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan