Menantu Taib Mahmud Mohon Waran Tangkap Terhadap Suami

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, menantu kepada Ketua Menteri Sarawak memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu, agar waran tangkap dikeluarkan ke atas suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib atas alasan gagal untuk menghadiri prosiding mahkamah berhubung perkahwinan mereka.

Peguam syarie dr Mohd Rafie Mohd Shafie yang mewakili Shahnaz berkata, Mahmud Abu Bekir, 48, gagal untuk menghadiri mahkamah sebanyak dua kali pada prosiding yang didengar di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Laporan media sebelum ini menyebut anak sulung Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersetuju untuk menceraikan Shahnaz, 48, atas alasan tiada persefahaman dan telah lama tinggal berasingan serta telah mencapai persetujuan luar mahkamah berhubung tuntutan RM400 juta yang dimohon oleh Shahnaz.

Shahnaz, bagaimanapun memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh atas alasan suaminya tidak berlaku adil dan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Dalam penyataan tuntutannya, Shahnaz yang merupakan kakak kepada ratu jaz negara, Shila Majid mendakwa Mahmud Abu Bekir tidak memberikan nafkah batin sejak 10 tahun yang lalu dan telah mendatangkan kecederaan fizikal dan mental terhadapnya.

Shahnaz dan Mahmud Abu Bekir berkahwin pada 9 Januari 1992 di sini dengan berwalikan bapa pengantin perempuan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya yang berusia 17 tahun.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan