Ibu Tunggal Dibebas Dan Dilepaskan Daripada Hukuman Kerana Miliki Dadah

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Ampang di sini Selasa membebas dan melepaskan seorang ibu tunggal daripada pertuduhan memiliki dadah pada April tahun lepas.

Hakim Roszianayati Ahmad membebaskan Kasmah Yaacob atau Suppiah, 47, ibu kepada tiga orang anak, setelah mendapati pendakwaan gagal membuktikan ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya melangkaui keraguan yang munasabah.

Sebelum ini Kasmah dituduh bersama seorang konstabel, Asraf Rushdi Kamarudin, 29, dan seorang juruteknik, Chan Chee Leong, 38, dengan pertuduhan yang sama tetapi mahkamah membebaskan dan melepaskan mereka dan memerintahkan Kasmah membela diri.

Dalam keputusannya, Roszianayati berkata bahawa sejarah pembelaan disokong oleh saksi pendakwaan yang dipanggil semula oleh pembelaan, iaitu pegawai penyerbuan yang mewujudkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Hakim itu berkata pegawai penyerbuan juga bersetuju dengan pembelaan bahawa RM7,000 yang diambil daripada beg tangan Kasmah yang mana barang ini pada ketika itu dengan tertuduh di ruang tamu flat itu, menimbulkan inferens yang munasabah bahawa Kasmah adalah tetamu di unit itu dan bukan penghuni.

Roszianayati berkata anak perempuan tertuduh walaupun sebagai saksi yang ada kepentingan, mengesahkan bahawa dia membawa Kasmah ke unit itu untuk mengambil dokumen dan kehadiran anak perempuan itu di situ untuk mengambil tertuduh yang disahkan oleh pegawai penyerbuan yang sama.

Hakim itu juga bersetuju dengan pembelaan bahawa oleh kerana tidak ada kunci yang didapati oleh pegawai penyerbuan dan pintu utama terpaksa dipecahkan untuk memasuki unit tersebut, ia hanya satu kesimpulan bahawa Kasmah terkunci di dalam oleh seseorang dari luar, satu perbalahan yang dipersetujui oleh pegawai penyiasat.

Ketika membuat keputusan untuk membebas dan melepaskan, air mata Kasmah berlinang dan dilihat memeluk anggota keluarga yang ada di situ.

Tertuduh dituduh memiliki 90 gram ganja, 0.13 gram nimetazepam dan 10.6 gram methamphetamine di bilik tidur utama sebuah flat di Taman Mega Indah, dekat sini pada pukul 3.45 pagi, 20 April, 2010.

Dia dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta itu yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun atau maksimum penjara seumur hidup, dengan sekurang-kurangnya 10 sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abdul Zawawi mewakili pendakwaan sementara Kasmah diwakili peguam M.Haresh dan Ramzani Idris. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan