22 Jun Dengar Kes Lingam

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa menetapkan 22 Jun ini untuk mendengar permohonan semakan kehakiman oleh peguam kanan Datuk V.K. Lingam dan dua bekas ketua hakim yang mencabar laporan siasatan inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung klip video kontroversi mengenai pelantikan hakim-hakim.

Permohonan semakan kehakiman terhadap hasil siasatan RCI mengenai rakaman video itu yang didakwa menyentuh pelantikan oleh Lingam dan bekas ketua hakim Tun Mohd Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim akan didengar oleh Hakim Datuk Rohana Yusuf.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Jessica Ombu Kakayun menetapkan tarikh itu selepas berbincang dengan kedua-dua pihak dalam kamar apabila kes itu disebut untuk pengurusan kes.

Peguam Fifi Natasya Jamaluddin, yang mewakili Ahmad Fairuz dan menyebut bagi pihak Lingam, memberitahu media bahawa mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak mengemukakan afidavit jawapan dan hujahan bertulis sebelum 31 Mei ini.

Pada 24 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan hasil rumusan RCI itu boleh dicabar di Mahkamah Tinggi serta memberikan kebenaran kepada Lingam, Mohd Eusoff dan Ahmad Fairuz mengemukakan semakan kehakiman terhadap rumusan suruhanjaya berkenaan.

Berikutan keputusan tersebut, perkara itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendengar merit permohonan semakan kehakiman itu.

Bagaimanapun, pada 7 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada RCI untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan itu. Tarikh mendengar permohonan itu di Mahkamah Persekutuan belum ditetapkan.

Dalam laporan siasatan mereka, panel lima anggota RCI itu mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, Mohd Eusoff, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan