Skandal PKFZ: Rayuan Singkir Firma Guaman Dibenar

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Firma guaman, Tetuan Skrine & Co tidak lagi dibenarkan untuk bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pada perbicaraan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang akan bermula pada minggu depan.

Arahan tersebut ekoran daripada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Siti Mariah Ahmad pada Isnin, yang membenarkan permohonan yang difailkan oleh salah seorang tertuduh dalam skandal tersebut, Law Jenn Dong.

Law, 53, yang merupakan bekas Pengurus Projek Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Asmadi Hussain pada 3 Disember 2010 yang menolak permohonannya untuk mengenepikan firma guaman tersebut.

Permohonan itu difailkan pada 22 November lalu.

Pada penghakimannya, Siti Mariah berkata, kepentingan Law dan dua lagi tertuduh, iaitu Ketua Pegawai Operasi KDSB, Stephen Abok, 53, dan arkitek dari BTA Architect, Bernard Tan Seng Swee, 50, akan diprejudiskan jika firma guaman tersebut dibenarkan menjadi peguam pemerhati.

Ini kerana rakan kongsi tetuan tersebut, Vinayak Pradhan dan Lim Chee Wee juga daripada tetuan yang sama telah dilantik untuk menganggotai pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat salah laku dalam skandal PKFZ.

Laporan yang dikemukakan oleh pasukan petugas khas ini kemudiannya menyebabkan Pengerusi LPK, Datuk Lee Hwa Beng (yang juga anak guam kepada Skrine & Co) membuat laporan polis yang menjadi asas kepada pendakwaan terhadap ketiga-tiga tertuduh.

“Kedua-dua individu ini, Vinayak dan Lim adalah saksi berpotensi sama ada untuk pihak pendakwaan mahupun pembelaan.

“Skrine & Co akan berada dalam situasi yang sukar untuk terus bersifat bebas memandangkan majoriti saksi adalah terdiri daripada anak guam mereka,” tambah Siti Mariah.

Selain itu, beliau juga berpendapat keputusan tersebut juga perlu untuk memastikan firma guaman tersebut mengekalkan tahap profesionalisma dan pada masa yang sama tidak memprejudiskan tertuduh.

Pada prosiding itu, Law diwakili peguam Justin Wee manakala firma guaman tersebut diwakili peguam Deepa Nambiar.

Law, Bernard dan Stephen mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap 24 pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees Bhd untuk membuat pembayaran berjumlah RM116.85 juta kepada KDSB bagi dua projek di PKFZ.

Kesemua kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan di OSK Trustees Bhd, Plaza OSK, Ampang, antara 30 Jun 2006 dan 20 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga 29 tahun dan sebatan serta denda.

Ketiga-tiga mereka didakwa menipu OSK Trustees iaitu dengan memperdaya OSK Trustees untuk mempercayai bahawa kerja-kerja infrastruktur elektrikal untuk sistem 33kv bagi PKFZ, Pulau Indah telah dilaksanakan sedangkan mereka mengetahui bahawa kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

Law, Stephen dan Bernard juga didakwa menipu OSK Trustees untuk mempercayai bahawa sistem 33kv ke Precint 2 dan Precint 8 bagi PKFZ telah dilaksanakan sedangkan mereka mengetahui bahawa kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

Tindakan mereka itu didakwa telah mendorong OSK Trustees untuk membuat pembayaran berjumlah RM116.85 juta.

Selain itu, Stephen dan Bernard juga mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees dengan memperdaya OSK Trustees untuk mempercayai bahawa sistem 33kv ke Precint 2 dan Precint 8 bagi PKFZ telah dilaksanakan dan ini telah mendorong OSK Trustees untuk membuat pembayaran berjumlah RM5.42 juta kepada KDSB.

Perbicaraan kes tersebut akan didengar di hadapan Asmadi selama tiga hari bermula 12 April ini.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan