Pemandu Peribadi Mengaku Tidak Salah cederakan Isteri

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya.

Pengakuan M. Rafi Ibrahim, 38, direkodkan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Dia didakwa mencederakan Norlela Nussein, 35, dengan menggunakan sebatang besi hitam berukuran 30 sentimeter dan sebuah kerusi plastik pada pukul 9.30 pagi, 16 Februari lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di nombor 43-14-14, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Sentul, di sini.

Bagi kesalahan itu, M Rafi didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atai denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman, jika sabit kesalahan.

Aina Azahra membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM7,500 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Mei depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sew Ping.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan