Mahkamah Denda Pemilik Anjing RM4,000

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Pemilik empat ekor anjing baka "Pit-Bull Type" pada Isnin didenda RM4,000 atau penjara 12 bulan setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mereka mengaku bersalah atas empat pertuduhan tidak memakaikan kolar dan lencana pendaftaran terhadap anjing-anjing mereka.

Majistret Mohd Hidayat Wahab menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau tiga bulan penjara bagi setiap pertuduhan terhadap Teoh Bee Eng, 56, suri rumah, bersama suaminya Joseph Teoh Boon Aun, 42, peladang organik.

Teoh dan suaminya dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Undang-undang Kecil (Anjing-Anjing) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) 1977, di Lot 757, dalam kebun durian, di belakang Lot 704, Kilang Lama Buah Pala, Jalan Telok Bahang, Balik Pulau pada 10.35 pagi 9 Januari lalu.

Mengikut fakta kes, seorang sukarelawan, Sullivan Maurice, 50, warganegara Ireland telah disahkan mati oleh pakar perunding kanan patologi forensik Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, akibat gigitan sepasang anjing milik tertuduh.

Keempat-empat anjing yang terdiri daripada dua jantan dan dua betina telah dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Veterinar Pulau Pinang untuk pemeriksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh Mahinder Singh memohon hukuman berat yang berbentuk pengajaran.

"Saya turut bersimpati dengan apa yang berlaku kepada tertuduh tetapi satu nyawa telah hilang dalam kejadian ini," katanya.

Namun, Joseph Teoh, yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukuman yang ringan dikenakan terhadapnya kerana beliau dan isteri kesal dengan apa yang berlaku terhadap kawan baru mereka.

"Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku kerana saya juga tidak ingin ini terjadi kepada kawan yang baru saya kenali.

"Saya juga berharap kalau boleh mahkamah dapat kembalikan anjing-anjing itu kepada saya supaya saya boleh ajar anjing itu dengan baik," katanya yang juga seorang pemandu pelancong.

Kedua-dua mereka dilihat keluar daripada perkarangan mahkamah kira-kira pukul 1 petang ini setelah membayar kesemua denda tersebut.

Dalam menjatuhkan hukuman, Mohd Hidayat turut memerintahkan empat ekor anjing itu supaya dihantar ke rumah sakit haiwan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk dilupus, dimusnah atau lain-lain tindakan yang bersesuaian. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan