Pekeliling Kerajaan Selangor: Mahkamah Benar Saman Pemula Peguam Negara

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menghalang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada menemuduga kakitangannya di luar waktu pejabat gagal selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan saman pemula yang difailkan oleh Peguam Negara untuk membatalkan pekeliling berhubung perkara itu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Zaleha Yusof membuatkeputusan tersebut pada Jumaat, pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar selepas mendengar hujahan yang dikemukakan kedua-dua pihak.

Pada penghakimannya, Zaleha berkata beliau menerima pakai keputusan yang dbuat oleh Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa SPRM boleh meneruskan amalannya untuk menyoal saksi selepas waktu pejabat.

Keputusan itu dibuat pada 20 Mei 2010 semasa Mahkamah Persekutuan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah terhadap SPRM.

Tan menyaman Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Datuk Sri Ahmad Said Hamdan, penolong superintendan SPRM, Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM kerana mendakwa penahanannya dan disoal siasat selama 16 jam semalaman pada 15 Julai 2009 adalah menyalahi undang-undang.

Mahkamah juga menyentuh tafsiran Seksyen 30 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan bahawa pemeriksaan ke atas saksi tidak boleh dihadkan kepada waktu bekerja sahaja dan penyiasatan boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Pada prosiding sama, Zaleha juga menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk menggantung prosiding mahkamah sehingga selesai prosiding suruhanjaya siasatan kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock atas alasan terdapat beberapa keterangan dalam prosiding suruhanjaya yang menyentuh prosedur siasatan SPRM.

Sementara itu, peguam yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor, Fahda Nur Ahmad Kamar memberitahu, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Turut mewakili Kerajaan Selangor ialah peguam Tommy Thomas manakala Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan hadir bagi pihak Peguam Negara. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada 20 Ogos 2009 memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan Pekeliling No.4, 2009 yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud sebagai tidak sah dan terbatal. Pekeliling bertarikh 28 Julai 2009 menyatakan semua pegawai dan kakitangan kerajaan negeri tidak dibenarkan untuk ditemu duga atau menjadi saksi SPRM di luar pejabat dan mesti dilakukan antara pukul 8 pagi dan 6.30 petang sahaja.

Pekeliling itu juga menyatakan bahawa kerajaan negeri menyediakan khidmat guaman kepada mereka semasa SPRM menjalankan siasatan.

Pekeliling itu dikeluarkan 12 hari selepas Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas jatuh dipercayai daripada tingkap pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam, dekat sini.

Peguam Negara selaku plaintif dalam permohonannya mendakwa, pekeliling itu menghalang pegawai SPRM daripada menjalankan tugas mereka seperti mana yang ditetapkan oleh Parlimen dan undang-undang.

Kerajaan Selangor juga sebelum ini juga pernah cuba untuk membatalkan saman itu atas alasan Peguam Negara tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memulakan prosiding kerana pihak yang terjejas secara langsung dalam pekeliling itu adalah SPRM.

Bagaimanapun, Abdul Gani menegaskan bahawa sebagai Peguam Negara, beliau bertanggungjawab dan berperanan untuk memelihara keluhuran undang-undang dan mempertahankan undang-undang demi kepentingan awam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan