Pendandan Rambut Culik, Bunuh Pelajar Pintar Dihukum Mati

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman mati mandatori ke atas seorang pendandan rambut selepas didapati bersalah atas tuduhan menculik dan membunuh seorang pelajar pintar, Lai Ying Xin, tiga tahun lalu.

Mayat Ying Xin, 16, ditemui dalam keadaan rentung di dalam kawasan semak di Kulai, Johor.

Pada prosiding Khamis, Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Teh Kim Hong, 25, turut mengutuk jenayah kejam yang dilakukan oleh tertuduh bersama dua lagi rakan sepenjenayah.

Beliau juga memerintahkan dua remaja itu yang berusia 20 dan 19 tahun menjalani hukuman penjara selama tempoh yang diperkenankan oleh Sultan Johor kerana mereka masih berada di bawah umur semasa melakukan kesalahan tersebut.

Semasa itu, mereka berusia 17 dan 16 tahun.

Nasih berbeza dialami oleh seorang lagi remaja berusia 20 tahun apabila dia dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapi kerana didapati tidak mempunyai hubungan dengan jenayah itu.

Teh dan tiga rakannya didakwa membunuh Ying Xin yang merupakan pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim pada antara jam 9.45 malam, 11 September 2008 dan jam 12 tengah malam, 12 September 2008.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2841, Jalan Alor Bukit, Kulai.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan kedua, iatu menculik Ying Xin di sebuah pasar raya besar di Jalan Kulai-Air Hitam, kira-kira jam 9.45 malam, 11 September lalu dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan RM60,000.

Pada penghakimannya, Mohd Zawawi berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan menunjukkan mereka tidak mempunyai perasaan belas terhadap mangsa.

“Bagi menghapuskan bahan bukti selepas menerima wang tebusan daripada keluarga mangsa, tertuduh bertindak membunuh dan membakar mayat perempuan tidak berdosa itu sebelum dibuang ke tempat terpencil.

"Mahkamah turut mengambil kira penderitaan ibu bapa dan keluarganya yang menderita apabila mengetahui anak mereka dibunuh dengan kejam,” katanya.

Beliau juga memerintahkan wang tebusan bernilai RM25,800 dikembalikan kepada keluarga mangsa menerusi ibu mangsa, Chia Siew Phen, 48, yang hadir di mahkamah bersama anak dan adiknya.

Chia kelihatan tenang menerima keputusan tersebut, tetapi mengakui bahawa dia masih belum berpuas hati kerana tertuduh masih mempunyai peluang untuk mengemukakan rayuan di peringkat yang lebih tinggi.

“Saya hanya betul-betul akan lega selepas mengetahui keputusan yang terakhir,” tambahnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan