Surahanjaya Siasatan kematian TBH: Peter Vanezis Akui Bedah Siasat Kedua Tidak Sempurna

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakar forensik Britain, Dr Peter Vanezis mengakui bahawa bedah siasat kedua yang dilakukan terhadap mayat pembantu politik, Teoh Beng Hock mempunyai kekurangan berbanding bedah siasat pertama yang dilakukan dalam tempoh 24 jam kejadian jatuh berlaku.

Beliau yang terlibat dalam bedah siasat kedua sebagai pemerhati kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, kekurangan itu berlaku akibat keadaan mayat yang telah diusik dan ditanam untuk suatu tempoh masa.

Selain itu, Vanezis juga memberitahu, kedudukan anatomi mayat juga lazimnya akan berubah yang akan menyukarkan proses untuk menjejak kecederaan yang dialami oleh mayat tersebut.

"Sekiranya sampel perlu diambil, ia juga tidak akan sempurna kerana ia mungkin tidak lagi mempunyai kesan darah dan tindakan membedah mayat pada bedah siasat pertama juga mungkin akan menyebabkan kesan lebam berubah lebih panjang," katanya.

Vanezis yang mengakui bahawa bedah siasat pertama lebih baik kerana keadaan mayat yang tidak terusik, seperti yang telah dinyatakan oleh Dr Shahidan Mohd Noor, yang menjalankan bedah siasat kedua.

Bedah siasat kedua dilakukan pada 22 November 2009, atas permohonan abang mendiang, Teoh Meng Kee selepas pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojasunan mendakwa mendiang dikasari sebelum jatuh.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 dipercayai jatuh daripada tingkap pejabat SPRM di tingkat 14, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam, dekat sini.

Bedah siasat pertama dilakukan pada 17 Julai 2009 oleh dua pakar forensik iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Pada prosiding Rabu, Vanezis yang disoal oleh peguam yang mewakili SPRM,Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah juga mengakui ada masanya beliau akan merujuk kepada gambar yang diambil pada bedah siasat pertama untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat.

Vanezis yang merupakan saksi ke-27 pada prosiding suruhanjaya siasatan kematian Teoh turut mempertahankan pendapatnya bahawa mendiang masih hidup semasa peristiwa jatuh berlaku.

Menurut beliau, pendapat itu dibuat berdasarkan corak kecederaan Teoh yang menunjukkan pekerja kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang menunjukkan dia cuba mempertahankan diri.

"Terdapat pelbagai alasan untuk kejadian jatuh. Antara kemungkinannya ialah dia melakukan perkara itu sendiri iaitu membunuh diri.

"Kemungkinan lain adalah dicampakkan dari tingkap itu. Bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang dapat saya katakan," katanya.

Sebaik sahaja saksi selesai memberi keterangan, Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen mengucapkan terima kasih kepada Vanezis yang akan berangkat pulang pada petang ini.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan