Suruhanjaya Siasatan TBH: Teori Majlis Peguam Dianggap Keterlaluan

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Teori yang dikemukakan oleh wakil Majlis Peguam yang mendakwa Teoh Beng Hock kembali sedar selepas dicampakkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dianggap sebagai keterlaluan oleh suruhanjaya yang menyiasat kematian pembantu politik tersebut.

Teori itu dikemukakan oleh peguam Cristopher Leong kepada pakar forensik dari Britain, Dr Peter Venezis yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak sebagai pemerhati bebas dalam bedah siasat kedua mendiang.

Christopher dalam membentangkan teori tersebut bertanyakan kemungkinan Teoh dikasari oleh pegawai SPRM dengan lehernya dipaut dengan lengan sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Melihatkan keadaan tersebut, Christopher menambah, pegawai SPRM mula memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada Teoh.

"Bagaimanapun Teoh tidak sedarkan diri dan panik dengan keadaan tersebut, pegawai SPRM telah mencampakkan Teoh keluar tingkap dan semasa jatuh Teoh kembali sedar," tambahnya.

Sebaik sahaja selesai mendengar teori tersebut, Venezis dengan segera menjawab teori tersebut adalah 'tidak mungkin sama sekali'.

Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen juga seperti tidak boleh menerima teori itu sambil menyifatkan ia 'keterlaluan' dan menambah, jika benar begitu sudah pasti pegawai SPRM akan mengambil masa untuk berbincang mengenai tindakan selanjutnya.

"Dalam situasi itu dan dalam tempoh masa tersebut, sudah pasti Teoh akan kembali sedar," tambah James.

Teori tersebut berkemungkinan rentetan daripada keterangan awal Venezis yang mempertahankan pendapatnya bahawa pekerja kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah itu berada dalam keadaan sedar semasa jatuh.

Menurut Venezis, pendapat itu dibuat berdasarkan corak kecederaan Teoh yang tertumpu pada bahagian kaki, yang menunjukkan mendiang cuba untuk mempertahankan diri semasa jatuh.

"Mempertahankan diri merupakan gerak hati semula jadi manusia dan sesuatu yang natural dilakukan walaupun dalam keadaan membunuh diri," tambah Venezis.

Mengenai kemungkinan leher Teoh dipaut, saksi ke-27 itu seterusnya berkata perkara tersebut mungkin boleh berlaku, bagaimanapun ia haruslah dinilai secara keseluruhan kecederaan.

Justeru itu, beliau lebih cenderung untuk mengatakan perkara itu tidak berlaku kerana ketiadaan bintik-bintik darah pada mata Teoh yang lazimnya berlaku dalam kejadian lemas kerana kekurangan oksigen.

Selain itu, Venezis yang tiba di negara ini pada pagi Selasa juga menolak cadangan yang dikemukakan oleh Christopher yang mendakwa keretakan di tempurung kepala bukan diakibatkan oleh kejadian jatuh.

Sebaliknya, Christopher mencadangkan ia mungkin berlaku akibat dipukul dengan menggunakan objek tumpul.

Pakar itu bagaimanapun berkata, kecederaan tersebut boleh berlaku akibat impak jatuh dari tempat yang sangat tinggi, yang juga menyebabkan tali pinggang mendiang rosak.

Beliau juga tidak bersetuju bahawa Teoh dicampakkan ke bawah kerana pada hematnya mendiang pasti akan melawan dan ia akan meninggalkan kesan pada tingkap tersebut.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 dan dipercayai jatuh daripada pejabat SPRM yang terletak di tingkap 14, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam, dekat sini.

Dia sebelum itu hadir di pejabat badan berkecuali tersebut untuk diambil keterangan sebagai saksi dalam siasatan berkaitan dakwaan penyalahgunaan wang peruntukkan yang melibatkan Ean.

Mayat mendiang dibedah siasat untuk kali pertama pada 17 Julai 2009 dan sekali lagi pada 22 November 2009 apabila abangnya, Teoh Meng Kee membuat permohonan supaya bedah siasat kedua dilakukan.

Permohonan itu ekoran pendapat pakar forensik dari Thailand, Dr Pornthip Rojasunan yang mendakwa berlaku kecederaan sebelum jatuh berdasarkan kesan kemerah-merahan pada leher Teoh.

Pornthip yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor dijadualkan akan memberi keterangan di prosiding suruhanjaya pada Sabtu dan Ahad ini.

Prosiding suruhanjaya akan bersambung pada Rabu dengan peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah akan menyoal Venezis, yang pernah terlbat dalam siasatan kematian Puteri Diana.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan