Bekas Pengurus Besar Hadapi Tuduhan Pecah Amanah RM379,712

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurus Besar Ikram Megah Sdn Bhd, sebuah syarikat pengimport daging beku, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini Selasa terhadap pertuduhan pecah amanah melibatkan wang syarikat berjumlah RM379,712.

Yen Kok Ho, 49, dari Taman Selayang Baru, Batu Caves, didakwa membuat beberapa invois palsu atas nama enam syarikat sebelum memasukkan cek-cek milik Ikram Megah Sdn Bhd bernilai antara RM327 dan RM25,000 ke dalam akaun miliknya antara 29 Jan 2000 dan 2 Okt 2006.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat berkenaan di Jalan Dua, Selayang Baru, Batu Caves

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 408, yang jika disabitkan kesalahan, membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih 10 tahun serta boleh disebat dan didenda.

Majistret Muhamad Najib Ismail membenarkan Yen diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan semula kes. Rakan Yen membayar jaminan itu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Yen tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan