Shafee Akan Soal Balas Peter Vanezis Dalam Suruhanjaya Siasatan

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock Hock, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau akan menyoal balas ahli pathologi ternama, Prof Dr Peter Vanezis minggu depan berhubung kemungkinan punca kematian Teoh.

Vanezis adalah pengarah kepada Cameron Center, William Harvey Research bagi sains perubatan forensik dan perunding kanan dalam sains perubatan forensik angkatan tentera British.

Beliau suHah melakukan lebih 2,000 bedah siasat membabitkan kematian kematian yang meragukan, di mana kira-kira 1,500 daripadanya berkaitan kes-kes pembunuhan.

Merujuk kepada prosiding minggu lepas Shafee berkata Teoh, yang merupakan setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, adalah saksi utama dalam siasatan SPRM untuk memberi penjelasan kepada beberapa dokumen.

Suruhanjaya Siasatan itu dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, manakala lain-lain anggota panel terdiri daripada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan