Sebutan Kes Bunuh Sosilawati Ditangguh Ke 31 Mac

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang sepatutnya disebut di Mahkamah Tinggi di sini, Khamis ditangguhkan pada 31 Mac ini.

Peguam Puspha Ratnam yang mewakili keempat-empat tertuduh dalam kes itu ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima surat daripada pihak mahkamah memaklumkan bahawa kes itu akan disebut pada 31 Mac ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir.

Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting pada 24 Feb lepas memutuskan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini dan menetapkan pada Khamis bagi sebutan di Mahkamah Tinggi.

Pada 13 Oktober tahun lepas, bekas peguam, N.Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T.Thilaiyagan, 19, R.Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di sini pada 30 Ogos tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Selain Puspha, keempat-empat tertuduh turut diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Datuk Ng See Teong.

Pendakwaan pula dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.

Pada 21 Februari lepas, dua lagi pekerja ladang, K.Sarawanan, 20, dan U.Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana melupuskan mayat kesemua mangsa.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan