Mahkamah Tukar Keputusan Awal, Benarkan Tiga Barang Kes Sebagai Bahan Bukti

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu menukar keputusannya dengan mmebenarkan permohonan pendakwaan untuk menerima tiga barang kes; botol air mineral, sebatang berus gigi dan sehelai tuala Good Morning, tetapi menolak permohonan kedua untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyediakan sampel DNAnya bagi perbandingan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu apabila beliau pada keputusan awalnya selepas perbicaraan-dalam-perbicaraan, mahkamah tidak mempunyai testimoni pegawai siasatan (IO) Supt Judy Blacious Pereira dan pegawai penangkapan Supt Ahmad Taufik Abdullah yang mengesahkan bahawa tangkapan itu pada 16 Julai, 2008 adalah sah.

"Saya memutuskan untuk mengecualikan barang kes itu oleh kerana pendakwaan tidak dapat mengemukakannya pada masa itu (perbicaraan-dalam-perbicaraan) dan oleh kerana permohonan ini dibuat setelah keterangan IO menyokong pendakwaan, kini bersetuju dengan keterangan mereka bahawa tangkapan terhadap tertuduh adalah sah," kata Mohamad Zabidin.

Mengenai permohonan kedua, beliau berkata setelah mengkaji Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan 1950, tidak ada peruntukan di bawah kedua-dua seksyen itu untuk mahkamah membuat perintah seperti tersebut.

"Kedua-dua seksyen menyatakan lebih pada tulisan tangan dan cap jari dan DNA tidak dimasukkan, sehubungan itu tidak ada kewajaran untuk mahkamah itu dan menolak permohonan kedua.

Mohamad Zabidin memerintahkan kedua-dua saksi pendakwaan, DSP Amidon Anan dan ahli kimia Nor Idora Saedon, dipanggil sebagai saksi dalam mengemukakan tiga barang kes itu yang diambil dari bilik lokap ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di mana Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai, 2008. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan