28 Wakil Rakyat Didakwa Di Mahkamah Sejak 2001

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu diberitahu bahawa seramai 28 orang wakil rakyat dari pelbagai parti politik telah didakwa di Mahkamah Jenayah atas pelbagai pertuduhan dan kesalahan sejak tahun 2001.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara, 17 wakil rakyat pembangkang manakala 11 dari Barisan Nasional (BN) telah didakwa setakat ini.

Daripada 17 wakil rakyat pembangkang itu, 10 adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga dari Pas dan empat dari DAP, katanya ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Bagi BN pula, Nazri berkata tujuh wakil rakyat daripada 11 orang yang didakwa ialah dari UMNO, seorang dari Gerakan dan tiga dari MCA.

="Berdasarkan statistik tersebut, sebanyak 33 jumlah kes yang telah dituduh, satu kes adalah di peringkat sebutan, 13 kes adalah di peringkat perbicaraan, dua kes di peringkat hujahan dan dua kes telah dijatuhkan hukuman," katanya.

Katanya, sembilan kes telah dilepaskan dan dibebaskan dan terdapat 10 rayuan dibuat terhadap kes yang telah dibicarakan.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan