Rasuah: Ejen Pekerja Asing Dipenjara Sehari, Denda RM50,000

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang ejen pekerja asing dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah terhadap tuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai Jabatan Imigresen April tahun lepas.

Hakim Mohd Sabri Ismail dalam penghakimannya memutuskan sekiranya Ong Wei Seng, 43, gagal membayar denda itu, dia akan dipenjarakan setahun.

Ong dituduh memberikan suapan RM10,000 kepada Mohd Fadzli Mat Desa di Hotel Samila, di Jalan Kanchut di sini pada 13 April 2010 kira-kira pukul 12 tengah hari, sebagai dorongan supaya melepaskan tujuh wanita warganegara Vietnam yang ditahan dalam satu operasi di Kilang Lypometal Sdn Bhd di Sungai Petani.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama, yang jika sabit kesalahan bolah membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana nilai yang lebih tinggi.

Peguam Ong, C.P.Ang dalam rayuannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan memandangkan tertuduh mengaku bersalah dan insaf atas perbuatannya itu.

Ang berkata tertuduh juga mempunyai rekod bersih iaitu tiada kesalahan lampau yang membolehkan dia menerima hukuman yang lebih ringan, selain syarikat tempat pekerja itu bukanlah syarikat milik anak guamnya dan dia hanya bertindak mengikut arahan.

"Anak guam saya mempunyai dua orang anak lelaki berusia 12 dan 15 tahun.

"Kedua-dua anaknya itu merupakan pemain badminton negeri. Dia secara tidak langsung menyumbang kepada negeri. Saya memohon hukuman yang paling ringan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Iznina Hanim Hashim pula memohon mahkamah mengambil kira kepentingan umum lebih daripada kepentingan tertuduh.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen yang lain, sepasang kekasih minta dibicarakan terhadap tuduhan memberi rasuah kepada pegawai Imigresen pada Julai tahun lepas.

E Hun A/P Lod, 33, seorang pemilik rumah urut, dan teman lelakinya Bunree A/L Chet, 24, didakwa memberi suapan RM2,100 kepada Nar Azaman Ibrahim sebagai dorongan supaya melepaskan tiga orang wanita warganegara Thailand yang ditahan dalam satu operasi di JJ Ling Enterprise, di JJ Ling Enterprise, Tingkat 1, Kompleks Sultan Abdul Hamid di sini pada 27 Julai 2010 kira-kira pukul 8.15 malam.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 itu, yang boleh membawa hukuman di bawah Seksyen 24 akta yang sama jika sabit kesalahan.

Iznina Hanim memohon kepada mahkamah supaya mengenakan jaminan RM5,000 untuk setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Bunree yang tidak diwakili peguam meminta wang jaminan dikurangkan kerana dia mempunyai anak berusia dua tahun manakala E Hun pula menyatakan bahawa dia terpaksa menyara tiga orang anak dan sudah berpisah dengan suaminya.

Hakim Mohd Rosli Osman kemudiannya menetapkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh dan tarikh sebutan semula pada 14 April. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan