Pengarah, Pemilik Syarikat Didakwa Lupus Harta Syarikat Tanpa Kelulusan

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tiga pengarah syarikat pembuat badan lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan melupuskan aset-aset syarikat tanpa kelulusan syarikat itu, lima tahun lepas.

Tang Hin Leong, 43, Lee Guo Ling, 39, dan Low Teck Khiang, 58, selaku pengarah syarikat Tetap Progresif Sdn Bhd didakwa bertindak tidak jujur, melupuskan aset-aset syarikat tanpa kelulusan syarikat di dalam mesyuarat agung melalui perjanjian jual beli.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di alamat B-172, tingkat 2, Jalan Dato Lim Hoe Lek di sini antara 15 Februari 2006 dan 3 Mac 2006.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 132(3)(b) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM30,000, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, pemilik syarikat berkenaan, Khoo Kah Jin pula dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu pada waktu dan tempat yang sama mengikut Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 (Akta 125).

Kesemua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Fathiyah Idris kemudian mengarahkan ikat jamin masing-masing sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 21 April depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Steve Chin Yung Cheong manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Philip Mathew. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan