Pegawai JPJ Didakwa Terima Rasuah RM150

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Selasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima suapan sebanyak RM150 bagi menyelesaikan dua kes saman JPJ.

Mengikut kertas pertuduhan, P.Prakash, 29, dari Kampung Jawa, Kuantan, didakwa menerima RM150 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk menyelesaikan dua saman JPJ kerana tidak memakai tali pinggang keledar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai Gunting Arif MZ, Cenderawasih, Kuantan pada 8 Jun 2010, kira-kira jam 2.25 petang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Shafinaz Shabudin.

Hakim Fathiyah Idris kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Beliau kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 22 April depan bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan