Penjawat Awam Mengaku Tidak Bersalah Guna Dokumen Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini Jumaat di atas sembilan tuduhan mengemukakan tuntutan menggunakan dokumen palsu membabitkan nilai keseluruhan RM324,000, dua tahun lepas.

Ahmad Kamal Alias, 49, dituduh menggunakan dokumen palsu "Pesanan Kerajaan Malaysia" bagi mendapatkan pakej penginapan, makan dan minum di hotel untuk penganjuran Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan 2009.

Bagi tiga pertuduhan pertama, dia didakwa menggunakan dokumen palsu bernombor K 1039 berjumlah RM24,000, K 1040 berjumlah RM48,000 dan K 1041 berjumlah RM48,000 bertarikh 25 Mei 2009, di Hotel Classic Muar, pada 29 Mei 2009.

Bagi tiga lagi pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan yang sama iaitu menggunakan dokumen palsu bernombor K 1042 berjumlah RM18,000, K 104 berjumlah RM36,000 dan K 1044 berjumlah RM36,000 bertarikh yang sama di Hotel Muar Traders, pada 27 Mei, tahun yang sama.

Bagi tiga pertuduhan selanjutnya, dia didakwa menggunakan dokumen palsu bernombor K 1045 berjumlah 30,000, K 1046 berjumlah RM42,000 dan K 1047 berjumlah RM42,000 bertarikh yang sama, di Hotel Seri Pelangi, Muar, pada 29 Mei, tahun yang sama.

Ahmad Kamal didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama, iaitu menggunakan surat palsu sebagai tulen, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Hakim Madihah Hairullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan sorang penjamin dan menetapkan 25 April ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norfazlin Hamdan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan