Edar Dadah: Ibu Tunggal Warga Singapura Dihukum Gantung

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang ibu tunggal warga Singapura kerana didapati bersalah mengedar dadah di terminal penerbangan tambang murah di Subang dua tahun lepas.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Noor Atiqah M.Lasim, 27, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah berhubung pertuduhan mengedar 342.1 gram heroin dan 30.3 gram monosetil morfin pada 5 Januari 2009.

Noor Azian, semasa membacakan keputusannya, berkata bahawa semasa perbicaraan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang merupakan seorang pembantu peguam di republik itu.

Menurut hakim, pembelaan tertuduh bahawa beg berisi dadah itu milik orang lain adalah tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai.

Noor Atiqah, yang mempunyai anak perempuan berusia enam tahun, diwakili peguam Mohaji Selamat manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Zuraida Wan Nawan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan