Umi Hafilda Saman Baginda Minda, MalaysiaKini RM100 Juta

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Umi Hafilda Ali memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi am berjumlah RM100 juta daripada Baginda Minda dan pemilik portal berita, MalaysiaKini kerana didakwa memfitnahnya.

Saman tersebut difailkan pada pukul 12.30 tengah hari Khamis, dan pihak media dimaklumkan mengenai saman tersebut oleh Umi Hafilda dan penasihat undang-undangnya, Mohd Khairul Azam Abd Aziz dalam sidang media yang diadakan di Komplkes Mahkamah Jalan Duta, di sini sejam selepas itu.

Berdasarkan writ saman yang difailkan menerusi Tetuan Sahrihan & Hamdan, Umi Hafilda selaku plaintif menamakan Baginda Minda atau nama sebenarnya Nor Azman Abdullah dan MKini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan-defendan.

Adik kepada Ahli Parlimen Azmin Ali itu juga memohon injunksi untuk melarang kedua-dua defendan sama ada secara sendiri atau ejen mengeluarkan atau menerbitkan apa-apa artikel yang berbentuk fitnah seperti yang didakwa dikeluarkan di laman web www.malaysiakini.com.

Umi Hafilda juga menuntut ganti rugi teruk dang anti rugi tafsir yang akan ditaksirkan kemudian, faedah pada jumlah lapan peratus, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada penyataan tuntutannya, Umi Hafilda mendakwa Baginda Minda mengeluarkan kenyataan fitnah itu secara sindiran merujuk kepada dirinya pada sidang media yang dihadiri oleh sekumpulan wartawan lobi Parlimen pada 15 Mac lalu.

Dia seterusnya mendakwa, defendan kedua telah menerbitkan kenyataan berbentuk fitnah itu dalam dua versi, iaitu Bahasa Malaysia yang diterbitkan pada haru yang sama pukul 2.31 petang diikuti Bahasa Inggeris pada pukul 3.04 petang.

Artikel tersebut didakwa ditulis oleh wartawan Hazlan Zakaria dan bertajuk ‘Baginda pula jelajah ‘bongkar’ Ummi Hafilda’ dan ‘Ummi's ex-partner threatens to ‘tells all’.

Sehubungan itu, Umi mendakwa kenyataan defendan-defendan telah membawa maksud bahawa dirinya seorang ahli perniagaan yang terdesak untuk mendapatkan peluang perniagaan, wanita yang tidak bermoral, wanita yang mempunyai banyak skandal dan tidak jujur.

Kenyataan tersebut juga didakwa membawa maksud plaintif tidak boleh dipercayai, pembohong, wanita murahan yang boleh dibayar dan sanggup menipu mahkamah di kandang saksi.

Umi Hafilda juga mendakwa, penerbitan kenyataan fitnah tersebut telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang individu yang berprofil tinggi dan sangat dikenali serta memegang pelbagai jawatan perniagaan dan sosial di Malaysia.

Dia seterusnya mendakwa, dia adalah seorang yang berani untuk bercakap benar apabila menjadi orang pertama yang mendedahkan tentang salah laku seksual Anwar, yang semasa itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan