Kes Lacur Artis: Waran Tangkap Dikeluarkan

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas perunding kewangan kerana gagal hadir pada prosiding rayuannya hari ini berhubung sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan menjadi perantara kepada empat artis bagi tujuan pelacuran 16 tahun lepas.

Hakim Datuk Sulong Matjeraie yang bersidang bersama-sama dua lagi hakim mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Amin Jamadi, 41, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya V. Shoba.

Peguam Kartar Singh yang mewakili kedua-dua perayu sebelum itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mohd Amin tidak dapat dikesan. Seorang lagi perayu dalam kes tersebut iaitu bekas pengurus syarikat penerbitan Haslinda Merican M.A.Merican, 45, hadir di mahkamah.

Turut bersidang bersama-sama Hakim Sulong ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Clement Allan Skinner dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azahar Mohamed.

Mohd Amin dan Haslinda masing-masing dihukum penjara 10 bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Okt, 2000 setelah mendapati mereka bersalah melakukan kesalahan itu di Lobi Hotel Ming Court, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara 8 malam dan 10.30 malam pada Jun 1995.

Pada 27 November, 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan kedua-dua mereka terhadap sabitan dan hukuman penjara dan denda itu serta mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan diputuskan dan turut melanjutkan tempoh jaminan masing-masing yang dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Perbicaraan kes itu diberikan liputan meluas oleh media kerana beberapa nama berprofil tinggi dan artis disebut di mahkamah.

Pada prosiding hari ini, panel hakim juga menangguhkan pendengaran rayuan mereka ke 16 Mei berikutan penarikan diri Hakim Azahar daripada mendengar rayuan itu.

Azahar memutuskan menarik diri kerana menurutnya ketika kes itu dibicarakan, beliau bertugas di Pejabat Peguam Negara sebagai timbalan ketua bahagian pendakwaan dan telah membincangkan kes itu dengan timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes itu. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan