Kostabel Bebas Tuduhan Minta Suapan

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, melepas dan membebaskan seorang anggota polis berpangkat kostabel daripada tuduhan meminta suapan RM500, lapan tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu terhadap Muhamad Azman Ramli, 27, selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal untuk menimbulkan prima facie bagi memanggil dia membela diri.

Muhamad Azman didakwa meminta suapan tersebut daripada seorang pemandu lori, K. Murugaraj pada pukul 3 petang, 2 Disember 2007 di Bandar Putri 5, Puchong, dekat sini.

Suapan tersebut dikatakan sebagai dorongan untuk dia tidak mengambil tindakan terhadap Murugaraj yang memandu tanpa memiliki perlindungan insurans, cukai jalan dan lesen yang sah.

Bagaimanapun, Mat Ghani memerintahkan Muhamad Azman untuk membela diri atas tuduhan menerima wang RM200 daripada majikan Murugaraj, S. Kunasekaran.

Dia didakwa menerima wang tersebut pada pukul 4.15 petang, 3 Disember 2007 di Restoran Mafana, Bandar Putri 5.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azuan Adzhar sementara Muhamad Azman diwakili peguam Mohd Fadzil Abdul Karim.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan