Jurueletrik Dituduh Culik Kanak-Kanak - Berita Mahkamah | mStar

Jurueletrik Dituduh Culik Kanak-Kanak

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang jurueletrik dihadapkan ke Mahkamah Masjistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dari rumahnya di Kuala Ibai, di sini hampir lima tahun lalu.

Wan Chee Hoo, 30, dari Selangor dituduh menculik mangsa dari rumahnya di Taman Ibai Indah, Kampung Tok Hadis, Kuala Ibai di sini, kira-kira 12 tengah hari 22 Oktober 2006.

Dia dituduh menculik dengan niat hendak menuntut wang tebusan dengan mengurung mangsa dalam sebuah kereta.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

Tiada pengakuan dicatatkan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Oii Chooi Gaik.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam juga tidak ditawarkan sebarang ikat jamin sementara menunggu tarikh sebutan semula kes itu. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan