Pasangan Kekasih Dipenjara 18 Tahun Kerana Miliki Syabu

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang wanita warga China menangis teresak-esak di Mahkamah Tinggi di sini Selasa selepas dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 54.1 gram, dua tahun lepas.

Fan Ting Ting, 25, kelihatan terkejut dan terus menangis selepas jurubahasa mahkamah menerangkan tempoh hukuman penjara yang diputuskan oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki terhadapnya.

Dalam prosiding sama, Mohtarudin turut menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadap teman lelaki Fan, Koo Ming Keung, 39, warga Hong Kong kerana melakukan kesalahan yang sama.

Mahkamah memerintahkan pasangan kekasih itu, yang berada di Malaysia sejak Januari 2009, menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh mereka ditangkap pada 7 Mac 2009.

Koo, seorang ahli perniagaan dilihat memeluk dan memujuk Fan yang berterusan menangis kerana tidak berpuas hati dengan tempoh hukuman penjara itu. Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di No. 25, Jalan Pekaka 8/10, Seksyen 8, Kota Damansara dekat sini, kira-kira 5.30 pagi pada 7 Mac 2009.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39 A (2) Akta yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

Sebelum ini, mereka dibicarakan atas tuduhan mengedar mengikut Seksyen 39B akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun ketika akhir kes pembelaan, Mohtarudin memutuskan untuk meminda pertuduhan mereka kepada memiliki mengikut Seksyen 12 (2) selepas mendapati tiada bukti untuk mengaitkan mereka dengan kesalahan mengedar.

Beliau berkata, walaupun terdapat perkakas memproses dadah ditemui di dalam rumah sewa pasangan kekasih itu, mahkamah mendapati tiada keterangan lain yang boleh membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh terlibat dalam pembuatan dadah itu.

"Mahkamah bagaimanapun mendapati kedua-dua tertuduh dengan niat bersama telah menyewa rumah itu (tempat kejadian) dan mempunyai kawalan eksklusif ke atas dadah itu. Justeru, kedua-dua tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 12 (2) iaitu bagi kesalahan memiliki (dadah)," katanya.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan Koo memberitahu mahkamah bahawa mereka berdua tidak tahu langsung mengenai kewujudan dadah itu.

"Kami betul-betul tidak tahu apa-apa dan teman wanita saya (Fan) hanya datang mencari saya semasa kejadian. Kami hanya berniaga sahaja dan kami betul-betul tidak bersalah. Ibu teman wanita saya telah masuk hospital kerana kes ini," katanya melalui jurubahasa mahkamah.

"Ejen yang sewakan rumah kepada kedua-dua tertuduh dalam keterangannya memaklumkan bahawa Koo telah menandatangani perjanjian sewa rumah dan nombor kad pengenalan Koo tertera di bawah perjanjian itu," kata Mohtarudin.

Sepanjang perbicaraan itu, seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan tiga orang saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mak Kah Keong yang menyebut bagi pihak peguam Gooi Soon Seng. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan