Kes Tujuh Lanun Somalia Disebut Semula 14 April Ini

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes tujuh rakyat Somalia yang menghadapi tuduhan melepaskan tembakan ke arah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di atas kapal MT Bunga Laurel ketika merompak kapal dagang itu, akan disebut semula di Mahkamah Majistret pada 14 April ini.

Tertuduh Ahmad Othman Jamal, 25, Abdil Eid Hasan, 20, Koore Mohamad Abdile, 18, Abdi Hakim Mohd Abdi, 18 dan tiga lagi tertuduh merupakan remaja lelaki bawah umur.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di atas MT Bunga Laurel, dengan niat untuk mendatangkan kematian atau kecederaan, di koordinat Latitud 20'14.73 NLongitud 083'39.96 E, 250 batu nautika dari perairan Oman, antara 8.10 pagi dan 10 malam, 20 Januari lepas.

Pertuduhan itu dibacakan semula oleh jurubahasa rakyat Somalia yang dilantik oleh mahkamah, Mohamoud Mohamed Ahmed yang merupakan seorang penuntut dari Kuala Lumpur Metropolitan Universiti(KLMU), di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Kesemua tertuduh mengangguk faham pertuduhan itu yang didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Najib Zakaria memohon kepada mahkamah satu tarikh sebutan baru bagi memberi masa kepada polis untuk mendapatkan kesemua maklumat yang diperlukan.

"Pihak kami memohon kepada mahkamah satu tarikh akhir selama sebulan memandangkan pegawai penyiasat masih belum boleh pergi ke kapal dagang itu untuk melengkapkan siasatan.

"Pegawai penyiasat memberitahu bahawa kapal dagang itu yang sebelum ini terlibat dengan misi "Ops Piramid" masih berada dan beroperasi di Teluk Aden," kata Najib.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan itu.

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam itu, didakwa kali pertama di mahkamah yang sama pada 11 Februari lalu.

Pada hari kejadian, komando Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan kapal dagang itu daripada cengkaman lanun Somalia yang bersenjatakan raifal AK-47 dan pistol dalam misi menyelamat diberi nama "Operasi Fajar", bersama kapal bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bunga Mas 5. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan