Anggota AADK Bebas Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Sesyen di sini Selasa melepas dan membebaskan seorang anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Faizal Ahmad, yang dituduh meminta dan cuba memperoleh suapan RM1,500 dua tahun lepas.

Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Bagi pertuduhan pertama, Faizal, 33 dituduh meminta suapan RM1,500 daripada Choh Chin Hoe di pejabat AADK, Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam dekat sini pada pukul 5 petang, 28 Februari 2009, sebagai dorongan untuk tidak menghantar Choh ke rumah sakit untuk ujian air kencing dan tidak membawanya ke balai polis bagi ditahan reman.

Dia turut dituduh cuba memperoleh suapan RM1,500 daripada Choh di Maybank cawangan Alor Setar, Jalan Badlishah di sini pada pukul 10.34 pagi 2 Mac 2009, sebagai dorongan untuk tidak menghantar Choh ke rumah sakit bagi ujian air kencing dan tidak membawanya ke balai polis untuk ditahan reman.

Bagi pertuduhan pertama, Faizal dituduh mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama, manakala pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 17(a) akta sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Iznina Hanim Hashim, manakala tertuduh diwakili peguam Y.K Loo. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan