Adik Karpal Meninggal Dunia, Kes Liwat Anwar Ditangguh

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh sehingga Isnin ini selepas Mahkamah Tinggi diberitahu Karpal Singh sedang berkabung berikutan kematian adik lelakinya tengah malam Selasa di Pulau Pinang.

Peguam dari pasukan pembelaan Anwar, S N Nair yang memohon penangguhan sehingga Isnin itu memberitahu mahkamah Karpal perlu berada di Pulau Pinang antara dua hingga tiga hari bagi melaksanakan pelbagai upacara keagamaan selaku abang.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan itu selepas tiada bantahan daripada pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.

Mahkamah pada Selasa dijadual mendengar hujah pasukan pembelaan mengenai permohonan pihak pendakwaan agar mahkamah menyemak semula keputusan perbicaraan dalam perbicaraan untuk menolak tiga barangan dan profil mengenainya dijadikan sebagai barang bukti.

Pihak pendakwaan juga memohon supaya mahkamah memerintahkan Anwar memberikan sampel DNA untuk dianalisis bagi dibandingkan dengan profil "Lelaki Y" yang ditemui dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful 25, bekas pembantu peribadinya, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan