Sebutan Semula Kes Bekas Setiausaha Politik Menteri 8 April

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini Isnin, menetapkan 8 April ini untuk sebutan semula perbicaraan kes bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, yang didakwa terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram bernilai lebih RM2 juta, tahun lepas.

Hakim Tuan Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas peguam Hasbie, Badrul Munir Mohd Bukhari, memohon supaya pihak pendakwaan mengemukakan semula kertas pertuduhan yang lebih lengkap dan terperinci mengenai jenis kesalahan tertuduh.

Hasbie, 38, didakwa melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Sri Molek, Jalan Laksamana, Teluk Air Tawar, dekat sini, pada 11 Februari 2010.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 10 Feb lalu, Hasbie mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas dakwaan tersebut iaitu memiliki wang berjumlah RM2,134,656 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Terdahulu itu, Badrul Munir berkata, kertas pertuduhan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah tidak jelas kerana tidak memperincikan jenis kesalahan yang dilakukan tertuduh mengikut akta berkenaan.

"Terdapat banyak kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, justeru anak guam saya berhak untuk mengetahui apakah jenis kesalahan yang dilakukannya," katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hazril Harun, dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan