Mahkamah Patut Perintah Anwar Berikan Sampel

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan Isnin berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA)beliau.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu.

"Demi kepentingan keadilan untuk kedua-dua pihak, mahkamah patut memerintahkan Anwar memberikan sampel DNA beliau bagi membolehkan mahkamah mengetahui perkara sebenarnya," katanya semasa mengemukakan hujah bagi dua permohonan.

Permohonan pertama ialah supaya memerintahkan Anwar memberikan sampel DNA untuk dianalisis manakala yang keduanya ialah untuk menyemak semula keputusan perbicaraan dalam perbicaraan untuk menolak tiga barangan dan profil mengenainya dijadikan sebagai barang bukti.

Pihak pendakwaan mahukan sampel daripada Anwar untuk dibandingkan dengan profil "Lelaki Y" yang ditemui dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan telah mengemukakan hujahnya -- dan mahkamah telah bersetuju -- bahawa sehelai tuala Good Morning, satu berus gigi dan satu botol air mineral yang diambil dari sel tempat Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai, 2008 telah diperoleh menerusi cara yang tidak sah.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Mengenai permohonan semakan semula itu, Mohamed Yusof dalam hujahnya berkata peguam yang mewakili Anwar, S N Nair, telah dimaklumkan mengenai penahanan itu menerusi sepucuk surat yang dihantar menerusi faksimili ke pejabatnya sehari sebelum penahanan itu.

Hujahnya, penahanan itu sekiranya dianggap sebagai tidak mematuhi undang-undang, tidak sewajarnya menyebabkan barang berkenaan ditolak daripada dijadikan barang bukti.

Terdahulu, prosiding hari ini hampir tertangguh apabila peguam Karpal Singh meminta mahkamah menahan semua yang bertanggungjawab membocorkan dan menerbitkan hujahan Mohamed Yusof sebelum ia didengar di mahkamah.

Hujahan itu telah diterbitkan oleh New Straits Times dan blog berita Malaysia Today.

Karpal berkata laporan itu boleh disifatkan sebagai menghina mahkamah.

Mohamed Yusof berkata beliau sendiri terkejut dengan laporan itu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengingatkan semua pihak bahawa perbicaraan sedang berlangsung dan sesiapa yang melakukan perbuatan menghina mahkamah akan "berdepan tindakan".

Perbicaraan disambung esok dengan Karpal akan mengemukakan hujahan berhubung dua permohonan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan