Bunuh Rakan Senegara: Lelaki Vietnam Dipenjara 9 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang operator mesin warga Vietnam dikenakan hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian rakan senegaranya, pada 2009.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman terhadap Nguyen Van Hung, 25, selepas mengambil kira kejadian itu berlaku akibat pergaduhan yang tercetus secara tiba-tiba dan peranan yang dimainkan oleh tertuduh.

Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh ditangkap pada hari kejadian iaitu 5 Oktober 2009.

Nguyen didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas menyebabkan kematian Tran Duc Tho, 25, di bilik No. 5, Tingkat 2, Hotel Kian Ping, Jalan Pos Baru, Klang dekat sini, kira-kira 5.15 petang, 5 Oktober 2009.

Tertuduh, yang bekerja di sebuah kilang di Telok Panglima Garang, Banting, didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di dada akibat luka tikaman.

Laporan bedah siasat mendapati mangsa mengalami enam luka akibat benda tajam di mana tiga daripadanya ialah luka tikaman selain mengalami 27 kecederaan pada kepala, leher, tangan, kaki dan badan.

Terdahulu itu, peguam tertuduh, Rosal Azimin Ahmad, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan pembabitan anak guamnya adalah minimum dalam kes itu berbanding dengan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Katanya, Nguyen juga insaf dan menyesal atas perbuatannya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Zuraida Wan Nawan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan