Prosiding Tafsiran Ganti Rugi Royalti Anuar Zain 17 Mac

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Prosiding tafsiran ganti rugi royalti oleh penyanyi popular, Anuar Zain terhadap syarikat rakaman lamanya telah ditangguhkan kepada 17 Mac ini.

Pendengaran kes di Mahkamah Tinggi di sini, yang pada asalnya dijadualkan pada Jumaat, terpaksa ditangguhkan ekoran ketiadaan Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Nazdia Abdul Aziz. Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Aizul Rozan yang mewakili Anuar dalam saman yang difailkan terhadap Synchrosound Records Label Music Sdn Bhd (Syncrosound).

Menurut beliau lagi, berdasarkan prosiding terdahulu, pihak-pihak yang terlibat sepatutnya berhujah mengenai ikatan dokumen yang difailkan oleh Syncrosound pada 17 Februari lalu.

Selepas mendengar hujahan itu, mahkamah akan membuat keputusan sekiranya dokumen setebal 181 halaman itu boleh digunakan pada perbicaraan atau sebaliknya.

Menurut Aizul, dokumen tersebut hanya diterima selepas perbicaraan selesai, sedangkan mengikut amalan biasa, dokumen itu sepatutnya dikemukakan sebelum perbicaraan bermula.

“Semua saksi telah selesai memberi keterangan dan jika dokumen itu diterima, perbicaraan perlu dimulakan semula dan saksi juga akan dipanggil sekali lagi,” katanya.

Pada 14 Mei lalu, Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Annuar Zain, 40, berjaya dalam saman balas menuntut royalti penjualan albumnya daripada Syncrosound.

Bagaimanapun, jumlah bayaran royalti itu masih tidak ditentukan ekoran nilainya perlu ditafsirkan dahulu selepas pemenang Artis Lelaki Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2008 mengemukakan bukti berkaitan jumlah jualan albumnya.

Keputusan yang dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham itu turut memerintahkan Syncrosound membayar kos dan faedah sebanyak lapan peratus ke atas jumlah royalti setahun bermula Jun 2006 kepada penyanyi lagu Perpisahan tersebut.

Anuar memfailkan saman balasnya terhadap Syncrosound selepas disaman syarikat tersebut pada 21 April 2006 kerana mendakwa adik kepada penyanyi, Ziana Zain itu memungkiri perjanjian apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga buah album lagi dengan syarikat tersebut.

Bagaimanapun, tuntutan Syncrosound itu dibatalkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Siti Aisyah Ab. Rashid pada 27 Disember 2007

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan