Pecah Amanah RM185 Juta: Dua Bekas Pengarah Cold Storage Diarah Bela Diri

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua bekas pengarah Cold Storage (M) Bhd diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen pada Jumaat, kerana melakukan pecah amanah berjumlah RM185 juta dengan memindahkan ke dalam akaun syarikat mereka, 13 tahun lepas.

Hakim SM Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap Datuk Yip Yee Foo, 52, dan Datuk Chun Wai Meng, 46.

Mahkamah menetapkan selama empat hari bermula 3 Mei ini untuk sambung bicara.

Mereka diarah membela diri terhadap pertuduhan pilihan iaitu kedua-dua tertuduh sebagai pengarah Cold Storage (M) Bhd menyalahgunakan wang itu dengan memindahkannya daripada akaun bank syarikat berkenaan (Cold Storage) di Deutsche Bank (Malaysia) Bhd, ke akaun bank Cycle & Carriage Limited di Standard Chartered Bank di Singapura untuk pembelian unit saham yang sama oleh Ecoplex Sdn Bhd dan Fulham Finance And Trade Limited.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tuduhan pilihan itu di Deutsche Bank (Malaysia), Tingkat 18-20, Menara IMC, 8, Jalan Sultan Ismail, di sini antara 16 September 1997 dan 20 Mac 1998.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.

Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan kedua-dua mereka bagi pertuduhan utama iaitu tuduhan menggunakan muslihat untuk menipu syarikat itu menyebabkan wang itu dipindahkan daripada akaun bank syarikat itu di Deutsche Bank (Malaysia) ke akaun Cycle & Carriage Limited di Standard Chartered Bank, di Singapura untuk pembelian 26,724,337 unit saham Cold Storage (M) Bhd oleh Excoplex Sdn Bhd dan Fulham Finance and Trade Limited.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 87A (a) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Akta 280) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 91, akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-dua sekali.

Komathy dalam penghakimannya berkata kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi penting iaitu seorang broker saham daripada Singapura menyebabkan wujud jurang dalam kes pendakwaan.

Sebaliknya mahkamah mendapati terdapat unsur pecah amanah seperti yang terdapat dalam pertuduhan pilihan itu.

"Tertuduh sebagai pengarah tidak mengadakan perbincangan walaupun secara tidak formal dan wang itu dikeluarkan tanpa pengetahuan semua pengarah syarikat lain.

"Berikutan itu tertuduh diperintah membela diri terhadap pertuduhan pilihan itu," katanya.

Sepanjang prosiding itu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Sekuriti, Rosmawar Roszain mengemukakan 23 saksi.

Yip diwakili peguam bela Eng Aik Guan manakala Chung diwakili peguam bela Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan