Suruhanjaya Teoh: Dr Pornthip Dibenar Guna Pengawal Peribadi - Berita Mahkamah | mStar

Suruhanjaya Teoh: Dr Pornthip Dibenar Guna Pengawal Peribadi

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakar forensik dari Thailand, Dr Pornthip Rojasunan pada Khamis, dibenarkan mendapatkan khidmat pengawal peribadi sepanjang berada di Malaysia untuk memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Permohonan pakar yang sinonim dengan imej funky dan rambut berwarna-warni itu dikemukakan menerusi Tetuan Malik Imtiaz Sarwar.

Berdasarkan kenyataan media oleh Setiausaha Suruhanjaya, Datuk Saripuddin Kasim, permohonan tersebut telah dibenarkan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan