Rasuah: Pembantu Hakim Dan Kakitangan Penjara Seremban Didakwa

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang pembantu hakim dari Mahkamah Tinggi Seremban bersama rakannya, kakitangan Jabatan Penjara Seremban dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM2,000 untuk menghilangkan fail kes mahkamah.

Pembantu hakim itu, Mohd Tarmidzi Zulkapli, 27, dan Adi Lala Rahim Mansah, 26, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Ar Robah, Taman Desa Anggerik, Senawang pada 19 Sept 2008 dengan menerima suapan daripada Mohd Azam Azhari Juhari.

Tertuduh telah diminta untuk menghilangkan fail mahkamah yang mengandungi kes rogol melibatkan Azam.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh perbicaraan pada 7 April depan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) dan dihukum di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun penjara dan didenda tidak melebihi lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fieza Fazlin Fandi dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan