Mahkamah Tolak Permohonan Bedah Siasat Anak Kali Kedua

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis menolak permohonan seorang bapa supaya dijalankan bedah siasat kedua ke atas mayat anak perempuannya.

M.Subramaniam, 52, pemandu lori, memfailkan notis permohonan tersebut menerusi peguamnya Gurmit Singh Hullon di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 22 Februari lepas, untuk mengetahui sebab kematiannya mengikut Seksyen 328 Kanun Prosedur Jenayah.

Subramaniam memohon bedah siasat ke atas S.Pakiam, 23, kini berada di Hospital Serdang, dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya oleh Pakar Patologi Forensik Dr Karunakaran Mathiharan.

Hakim Noor Azian Shaari ketika membacakan keputusannya berkata, perkara itu adalah pramatang begitu juga dengan permohonan bagi inkues.

Beliau berkata, terdapat dua fakta yang tidak dapat dinafikan dalam kes tersebut iaitu polis masih menyiasat kes kematian Pakiam dan bedah siasat telah dijalankan di Hospital Kulim, Kedah pada tahun ini.

"Jadi bagaimana pula bedah siasat pertama tidak memuaskan hati keluarga si mati kerana laporan bedah siasat masih belum dikeluarkan," katanya.

Afidavit pemohon mengesyaki suami dan mertua Pakiam bertanggungjawab terhadap kematiannya.

Gurmit Singh memberitahu wartawan di luar mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan supaya laporan bedah siasat yang telah siap segera diberikan kepada keluarga Pakiam.

Pada prosiding hari ini pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Zuraida Wan Nawan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan