Ahli Perniagaan Hadapi 27 Tuduhan Gubah Wang Haram RM695,800

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas 27 pertuduhan pengubahan wang haram, dua tahun lepas, yang melibatkan urus niaga berjumlah RM695,800.

C.Yoganandha Moorthy, 37, didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad, Jalan Tembaga SD 5/2A, Bandar Sri Damansara, di sini antara 5 Oktober 2007 hingga 6 November 2007 dan di Hong Leong Bank, Jalan Perak, antara 8 Oktober 2007 hingga 22 Oktober tahun sama.

Mengikut kertas pertuduhan, dia melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menggunakan hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM695,800 untuk membayar beberapa vendor melalui cek milik akaun Orient Coating Sdn Bhd.

Hakim S.M.Komathy Suppiah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 April untuk menyebut semula kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman menawarkan jaminan sebanyak RM350,000 kerana jumlah wang yang terlibat dalam kes itu adalah tinggi.

Beliau berkata pendakwaan menawarkan jumlah itu berikutan rekod Yoganandha Moorthy yang sudah empat kali tidak hadir pada perbicaraan kes tipu yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen lain.

Sementara itu, peguam Haijan Omar dan V.Thiru Kumar yang mewakili tertuduh meminta jumlah jaminan dikurangkan kepada RM100,000 kerana Yoganandha Moorthy merupakan penyara tunggal keluarga yang terdiri daripada isteri, dua anak perempuan serta ibu bapanya.

Beliau berkata tertuduh bukan sengaja tidak mahu hadir pada perbicaraan kes berkenaan tetapi anak guamnya sakit dan mempunyai sijil cuti sakit dari Hospital Gleneagles. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan