Teoh Lebih Banyak Berdiam Diri Sepanjang Siasatan

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd Ashraf Mohd Yunus memberitahu Suruhanjaya Siasatan pada Selasa bahawa Teoh Beng Hock lebih banyak berdiam diri sepanjang siasatan.

Mohd Ashraf berkata Teoh yang dipanggil sebagai saksi berhubung beberapa invois yang mempunyai cop Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah juga tidak banyak berinteraksi sebaliknya hanya mengangguk dan menggeleng kepala.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan setiausaha politik itu bekerjasama dengan baik ketika siasatan malah beliau memberi kebenaran untuk mencetak empat invois yang terdapat di dalam komputer ribanya.

Mohd Ashraf, yang merupakan saksi ke-20 dalam suruhanjaya bagi menyiasat kematian Teoh itu berkata, beliau menerima arahan daripada Ketua Unit Siasatan SPRM Hairul Ilham Hamzah untuk membantu pegawai SPRM dari Ibu Pejabat Putrajaya Arman Alias menemu bual Teoh berhubung tuntutan oleh Ean.

Ketika ditanya peguam N. Nahendran dari Majlis Peguam apakah tujuan beliau membuat semakan dokumen itu, Mohd Ashraf memberitahu semakan itu dibuat untuk melihat jika ada dokumen-dokumen yang mencurigakan dalam fail yang diserahkan kepadanya.

"Saya hanya membuat semakan dokumen untuk mengenal pasti sama ada empat invois yang dicetak itu berada di dalam empat fail berkenaan dan bertanyakan dokumen mana yang ditandatangani olehnya," katanya.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Ketika disoal pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud sama ada beliau (Mohd Ashraf) ada membuat panggilan keluar pada 15 Julai dan 16 Julai 2009 ataupun ada menghubungi sesiapa selepas kejadian, Mohd Ashraf berkata: "Saya tidak ingat."

Mohd Ashraf juga menafikan beliau memadamkan nombor telefon ataupun khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima atau keluar pada hari berkenaan kerana pegawai polis datang ke pejabat dan merampas telefon bimbit dengan serta-merta.

"Saya tidak sempat berbuat apa-apa...pihak polis datang mengejut ke pejabat pada 23 Julai 2009 dan terus merampas telefon bimbit saya," katanya.

Di awal prosiding Mohd Ashraf memberitahu bahawa Teoh telah dirujuk dengan 32 dokumen dan empat fail selama dua jam siasatan dan ada di antara invois terbabit mempunyai tandatangan Teoh tetapi menggunakan cop Ean.

Ditanya pengerusi suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen adakah siasatan itu menjadikan Teoh sebagai seorang suspek, Mohd Ashraf berkata: "Tidak, beliau seorang saksi."

Mohd Ashraf mengakui bahawa siasatan SPRM melalui Teoh adalah untuk menyasarkan Ean sebagai suspek dan perbandingan bil dibuat kerana terdapat keraguan tindakan Teoh yang menandatangani invois berkenaan.

Sementara itu pada prosiding hari ini, Foong turut memberitahu ketiga-tiga pakar psikiatri yang dilantik oleh Majlis Peguam dan SPRM itu supaya berjumpa dengan anggota keluarga Teoh termasuk tunangnya, Soh Cher Wei bagi menemu bual anggota keluarga Teoh dalam masa terdekat.

Ketiga-tiga pakar psikiatri itu iaitu perunding forensik psikiatri Hospital Permai Johor Dr Bada'iah Yahya, pakar perunding psikiatri Kementerian Kesihatan Dr Nor Hayati Ali dan pengarah Hospital Permai Johor Dr Benjamin Chan, diperlukan untuk membantu suruhanjaya bagi mengenal pasti sifat dan sikap Teoh sebelum meninggal dunia.

Selain Foong, Suruhanjaya Siasatan itu turut dianggotai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka' berhubung kes itu.

Prosiding bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan