Suami Zakiah Anas Enggan Lafaz Cerai

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suami kepada personaliti TV3, Zakiah Anas nekad untuk menyelamatkan ikatan perkahwinannya walaupun telah dinasihatkan untuk melafazkan cerai.

Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib, 49, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu, bahawa dia masih mempunyai perasaan sayang kepada keluarganya.

Dia yang mengakui telah tinggal berasingan sejak dua tahun setengah lalu juga menambah, tindakan tersebut dibuat demi masa depan anak-anak mereka.

“Saya sayangkan keluarga saya. Saya sabar sahaja selama ini. Ini masa depan saya.

“Hidup saya bukan ibarat fail ataupun kes,” katanya.

Percakapan Mohamad Yusof yang membandingkan dirinya dengan kes mahkamah menyebabkan dia ditegur oleh Hakim Syarie Ghazali Ahmad.

“Ini prosedur, orang dah failkan. Mahkamah ada langkah-langkah yang harus diikuti.

“Saya nasihatkan (untuk melafazkan cerai) juga mengikut undang-undang, bukan atas kehendak sendiri. Saya nasihatkan sahaja,” kata Ghazali.

Terdahulu, Ghazali menasihatkan Mohamad Yusof untuk melepaskan Zakiah, 44, secara baik selepas meneliti laporan yang disediakan oleh jawatankuasa pendamai yang dianggotai oleh wakil kedua-dua pihak.

Ghazali yang meneliti laporan Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)itu memutuskan bahawa telah wujud shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) dalam perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, keengganan Mohamad Yusof untuk melafazkan cerai menyebabkan Ghazali mengarahkan Zakiah dan Mohamad Yusof untuk mengemukakan wakil hakam (individu yang tahu hukum agama dan undang-undang) ke mahkamah untuk berbincang.

Beliau menetapkan 11 April depan untuk Zakiah dan Mohamad Yusof berbuat demikian.

Pada prosiding itu, Zakiah diwakili oleh peguam syarie Abdullah Anuar Sahri manakala suaminya tidak melantik mana-mana peguam syarie.

Kemelut rumah tangga bekas pengacara rancangan berbentuk kepolisan 999 itu bermula sejak tahun 2009, selepas Zakiah memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dekat sini.

Bagaimanapun, Zakiah kemudiannya meminda kes itu kepada bercerai secara taklik, tetapi menarik balik permohonannya pada 1 September 2009.

Dia kemudiannya memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik pada Januari 2010 mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun lalu dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak, Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan