ASP Buat Tuntutan Palsu Dihukum Penjara Setahun, Denda RM60,000

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dihukum penjara selama setahun dan denda RM60,000 selepas didapati bersalah terhadap enam pertuduhan membuat tuntutan palsu berhubung resit penginapan hotel.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Nazli Wan Jaafar, 43, selepas mendapati pembelaan yang dikemukakannya gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Beliau turut memerintahkan supaya Wan Nazli yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, dekat sini menjalani hukuman penjara selama 12 bulan, sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Keputusan itu dibuat selepas Azhaniz Teh mendengar keterangan 14 saksi pendakwaan dan tertuduh yang memberi keterangan secara bersumpah selepas diarahkan untuk membela diri.

Wan Nazli didakwa atas tuduhan membuat dua tuntutan palsu mengenai penginapan Resit Hotel Lok Pin yang berjumlah RM200 pada resit bertarikh 4 Februari 2004 manakala pertuduhan kedua melibatkan jumlah RM400 pada 13 Februari 2004.

Selain itu, dia juga didakwa melakukan empat kesalahan serupa menggunakan resit Hotel Sri Ledang yang melibatkan pembayaran sebanyak RM200 pada 17 Februari 2004, RM200 (20 Februari 2004),RM100 (24 Februari 2004) dan RM200 pada 3 Disember 2004.

Tertuduh yang mula menyertai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada 1 Oktober 1994 dan pernah berkhidmat sebagai pegawai penyiasat trafik didakwa melakukan kesalahan itu antara 28 Februari 2004 dan 29 Disember 2004.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di IPD Klang dengan niat mahu memperdayakan kerani kewangan di Bahagian Kewangan di situ, Rosliah Mohamed.

Pada prosiding itu, peguam M. Athimulan yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah membenarkan permohonan anak guamnya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda atas alasan pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Azhaniz Teh membenarkan permohonan tersebut selepas tiada bantahan diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ng Siew Wee.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan