Keputusan Beng Hock Terjun Tingkap Mungkin Dibuat Sekelip Mata - Pakar Forensik Patologi

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk terjun daripada tingkap di tingkat 14 mungkin dibuat oleh Teoh Beng Hock dengan sekelip mata.

Pakar Forensik Patologi, Dr Prashant Naresh Samberkar berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan garisan yang terdapat pada kedua-dua belah kasut Teoh.

Melalui pemerhatian Dr Prashant, garisan itu selari dengan garisan yang terdapat pada tingkat tersebut.

"Jika Teoh duduk di tingkap dan mengambil sedikit masa sebelum terjun, kesan di tapak kasut akan berbeza daripada yang ada," katanya.

Selain itu, saksi ke-18 dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat kematian Teoh juga menambah, mendiang masih hidup semasa jatuh.

"Jika Teoh tidak sedarkan diri, sudah pasti dia akan jatuh pada bahagian kepala dahulu yang merupakan anggota paling berat. Ini akan menyebabkan kecederaan teruk pada kepala diikuti bahu.

"Bagaimanapun, dalam kes ini, Teoh mengalami kecederaan yang teruk di bahagian bawah tubuh," katanya.

Selain itu, Dr Prashant juga memberitahu, kesan cedera yang kelihatan pada kiri Teoh adalah disebabkan oleh jam tangan yang dipakainya.

Kesan itu menurut saksi terhasil akibat impak jatuh daripada tempat yang sangat tinggi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan