Bekas YDP Selayang Didakwa Luluskan Pembiayaan Selenggara Rumah Sendiri

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Bakaruddin Othman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dakwaan menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri kira-kira sembilan tahun lepas.

Bakaruddin, 57, yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dituduh di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang dengan menggunakan jawatannya sebagai Yang DiPertua majlis perbandaran itu untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.

Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya sendiri di alamat No 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Okt 2001 di mana dia mempunyai kepentingan langsung.

Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Ketua Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Razak Musa meminta ikat jamin bernilai RM8,000 dikenakan terhadapnya.

Bakaruddin, yang tidak diwakili peguam pada hari ini, memohon supaya ikat jamin dirinya dikurangkan.

Asmadi kemudianya menetapkan jaminan RM8,000 dan seorang penjamin serta menetapkan tarikh sebutan kes itu pada 4 April ini.

Bakaruddin didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 16 akta sama iaitu dipenjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan